Madrasah@Surau Ahmadiah Kg. Guntong Pasir Puteh Kelantan
Sunday, 19 April 2020
Tuesday, 24 March 2020
Pengajaran Dari Wabak Covid-19
1. Wabak Covid-19 mendidik manusia menjaga kebersihan. Kini manusia tahu bagaimana untuk bersin dengan cara yang betul dan kerap mencuci tangan.
2. Wabak Covid-19 merapatkan hubungan kekeluargaan. Ibubapa berkerjaya kini berada bersama anak-anak.
3. Wabak Covid-19 mendidik manusia erti tanggungjawab bersama. Kita mulai belajar untuk sama-sama mengekang wabak.
4. Wabak Covid-19 mendekatkan manusia kepada Allah SWT apabila semakin ramai umat yang mulai berdoa.
5. Wabak Covid-19 mendidik kita kehidupan yang sederhana dan tidak berlebihan. Manusia mulai belajar berjimat dalam keadaan krisis.
6. Wabak Covid-19 memberi ruang manusia berdiskusi cara agama. Manusia mulai berbicara ajaran al-Quran dan cara Rasulullah S.A.W menghadapi wabak.
7. Wabak Covid-19 mengajar kita apa yang boleh dimakan dan apa yang tidak boleh dimakan. Selepas ini tidak ada lagi yang makan katak, kelawar, biawak, ular dan makanan exotic.
9. Wabak Covid-19 menjadikan kita lebih prihatin terhadap diri sendiri, keluarga, jiran dan masyarakat. Rakyat sendiri mulai menegur mereka yang tidak mematuhi peraturan.
10. Wabak Covid-19 disebalik kesengsaraan yang dibawa, ada sesuatu kebaikan yang datang bersama. Lihatlah bagaimana Allah SWT menunjukkan kebesaranNya.

Tuesday, 3 September 2019
BERAMAL UNTUK BEKALAN AKHRAT
Assalamualaikum..
Dunia ini dapat diibaratkan seperti ladang. Ia digunakan
untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan diperoleh di akhirat kelak. Hasil yang
akan diperoleh itu adalah bergantung kepada apa yang telah diusahakan oleh
seseorang.
Andainya amalan yang diusahakan itu baik maka baiklah
hasilnya. Sebaliknya, jika amalan itu jahat maka buruklah hasil yang akan
diperolehnya. Firman Allah SWT yang bermaksud: Barang siapa mengerjakan
kebaikan seberat zarah (debu yang halus) nescaya dilihat-Nya. Dan barang siapa
yang mengerjakan kejahatan seberat zarah (debu yang halus) nescaya dilihat-Nya.
(al-Zilzal: 7-8)
Menyedari hakikat ini maka setiap langkah, gerak geri dan
tingkah laku kita di dunia ini adalah dalam pengetahuan Allah SWT. Segala
amalan manusia semuanya akan direkodkan ke dalam diari dan diari itu akan
dibentangkan di akhirat kelak. Wslm.
MADRASAH AHMADIAH, KG. GUNTONG PASIR PUTEH, KELANTAN
Madrasah@Surau Ahmadiah terletak di Kg. Guntong Pasir Puteh Kelantan, merupakan medan mencari ilmu agama antaranya setiap pagi Jumaat. Ia juga berdekatan dengan Pasar Pagi Kg. Guntong atau lebih dikenali sebagai pasar Pendekar, sekali gus menceriakan lagi suasana setempat.
Banyak aktiviti yang dijalankan di Madrasah Ahmadiah antaranya Kempen Solat Berjemaah, menjemput penceramah dari luar, mengadakan Iftar Ramadhan, menyambut hari kebesaran Islam dan banyak lagi. Semoga Madrasah@surau Ahmadiah terus maju jaya untuk ummah dan generasi akan datang.
Antara gambar sepanjang Tahun 2019
Tuan Imam Menyampaikan cenderamata kepada Penceramah iaitu YB ustaz Dr. Nik Zawawi |
Penceramah mingguan iaitu Tuan Imam Masjid Kg. Nara
Penceramah mingguan iaitu Guru Agama dari Maahad Saniah Pasir Puteh
Subscribe to:
Posts (Atom)
-
Pengenalan Madrasah@Surau Ahmadiah terletak di Kg. Guntong Pasir Puteh Kelantan, merupakan medan mencari ilmu agama antaranya setiap pag...
-
Assalamualaikum.. Dunia ini dapat diibaratkan seperti ladang. Ia digunakan untuk bercucuk tanam dan hasilnya akan diperoleh di akhirat k...
-
Pengajaran Dari Wabak Covid-19 1. Wabak Covid-19 mendidik manusia menjaga kebersihan. Kini manusia tahu bagaimana untuk bersin dengan ca...